Saturday, November 15, 2008

Perubatan Tradisional – satu rawatan alternatif

Photobucket
herba tradisional - habastus sauda

Dengan kecanggihan teknologi Sains pada masa kini, kita tidak boleh nafikan bahawa perubatan moden telahpun banyak menyelamat ramai orang daripada pelbagai jenis penyakit.

Kebanyakkan penyakit pada masa kini semua dirawat dengan meggunakan ubat-ubatan moden yang banyak menggunakan bahan kimia yang kita sendiri tidak tahu apa kandungan bahan kimia tersebut. Bahkan perubatan moden seringkali menggunakan keadah pemmbedahan dalam proses merawat sesuatu penyakit.

Walaubagaimanapun, Semua penggunaan ubat-ubatan moden kebiasaan mempunyai risiko yang sangat tinggi. Bahkan penggunaan yang melebihan dos boleh membawa kesan sampingan yang negatif kepada pengguna dan ia juga boleh membunuh pengguna kesan lebihan dos penggunaan ubat-ubatan moden.

Disebabkan oleh pelbagai kesan sampingan yang negatif hasil daripada penggunaan ubat-ubatan moden. Adakala rawatan menggunakan herba tradisional ada lebih baik daripada ubat-ubatan moden. Penggunaan herba tradisional sebagai ubat-ubatan biasa dikategorikan sebagai kumpulan ubat-ubatan OTC (Over the counter). Ubat-ubatan OTC ini adalah ubat-ubatan yang mempunyai jurang keselamatan yang luas, yakni mempunyai risiko yang amat rendah jika ianya digunakan secara betul. Namun demikian, penggunaan herba tradisional secara berlebih – lebihan tidak membawa apa-apa kesan negatif kebiasaan sehingga ia banyak digunakan dalam kesemua produk seharian seperti pracampuran kopi dengan tongkat ali, teh dan sebagainya.

Penggunaan herba tradisional dalam rawatan biasa diklasifikasi sebagai perubatan tradisional. Dalam istilah moden, ia dikenali sebagai swapengubatan. Swapengubatan banyak diamalkan di kebanyakkan negara maju. Bahkan dalam satu kajian yang dijalankan di Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat, 75 % peratus masalah kesihatan yang dihadapi dapat diuruskan tanpa banyak mendapat bantuan daripada golongan profesional. Ini juga menunjukkan bahawa rakyat di negara-negara tersebut sudahpun mempunyai kesedaran penting untuk mereka memelihara kesihatan mereka sendiri.

Sungguhpun, perubatan moden mempunyai banyak keburukkan yang kita tidak ingini. Ini bukan bermakna perubatan moden tidak boleh digunakan langsung dalam rawatan sesuatu penyakit. Para pesakit dan pengguna haruslah peka dalam memilih sesuatu ubat-ubatan dalam proses merawat penyakit tak kira ianya menggunakan herba tradisional @ ubat-ubatan moden. Tips tips yang dibawa ada baik kita amalkan sebelum anda memilih sesuatu ubat-ubatan supaya proses rawatan untuk sesuatu penyakit akan jadi lebih efektif:

1. Jenis dan nama ubat yang diperlukan
2. Bagaimanakah ubat itu bertindak untuk mengatasi masalah yang dihadapi
3. Dalam bentuk apakah (seperti ubat pil, ubat sedut, ubat sapu) yang paling sesuai digunakan untuk masalah yang hendak dirawat?
4. Dalam kekuatan apakah ataupun sukatan apakah yng sepatutnya digunakan dan berapa kali sehari ianya patut digunakan?
5. Apakah akan berlaku sekiranya seseorang itu lupa menggunakan ubat tersebut dan apa pula langkah yang perlu diambil untuk mengatasi hal sedemikian?
6. Apakah risiko-risiko yang sering dihadapi dan bagaimana cara untuk mengatasinya?
7. Apakah yang perlu dilakukan apabila seseorang itu mengalami:
a. Kehamilan
b. Menyusukan bayi
c. Berusia agak lanjut (65 tahun keatas)
d. Menghadapi penyakit-penyakit lain
e. Menggunakan ubat-ubat lain

8. Berapakah harga ubat tersebut?
9. Adakah ubat-ubat jenis lain boleh digunakan sebagai ganti sekiranya kosnya terlalu tinggi ataupun ubat tersebut didapati tidak serasi kepada penggunanya?
10. Dimanakah pengguna boleh mendapat maklumat lanjut sekiranya mereka menghadapi sebarang kecemasan akibat penggunaan ubat itu?

Sumber dari artikel Swapengubatan dalam Penjagaa Kesihatan , ditulis oleh Prof. Dzulkifli Abdul Razak, Pusat Racun Negara, Universiti Sains Malaysia (USM)

Ingin mencari produk kesihatan? Anda boleh dapatkan pelbagai produk kesihatan dari syarikat HPA (Herba pilihan Al – Wahida) yang 100% mengunakan herba tradisional. Dapatkan ia sekarang . Untuk keterangan lanjut @ ingin menjadi ahli HPA sila e-mailkan ke fazchemist85@gmail.com.

Bagi mereka yang berminat untuk berniaga produk HPA, @ ingin mejadi ahli HPA sila e-mailkan fazchemist85@gmail.com untuk maklumat lanjut.

2 comments:

Anonymous said...

satu blog yang penuh info.. bagus..

Angin Selat Melaka said...

Boleh juga kalau mengkaji rawatan tradisional di sini:

Rawatan Tradisional Penghapusan Etnik Jerawat

Harap info tu membantu. Tq.