Monday, November 17, 2008

Herba tradisional – bawang putih sebagai penawar kepada penyakit darah tinggi

Photobucket
herba tradisional - bawang putih

Bawang putih @ dikenali sebagai Allium sativum merupakan bahan yang seringkali digunakan dalam masakan. Tahukah anda bahawa bawang putih juga boleh juga bertindak sebagai herba untuk rawatan penyakit? Pada zaman dahulu kebanyakkan mereka menggangap bahawa bawang putih membawa kepada perkara yang tidak baik. Ini terbukti yang mana bagi masyarakat Greek purba, mereka yang memakan bawang putih tidak dibenarkan masuk ke dalam rumah suci. Bahkan juga kepercayaan yang mengatakan bawang putih telah menyelamatkan Odysseus/Ulyses daripada ditukar kepada babi.

Walaupun bawang putih sering kali dikaitkan dengan perkara yang tidak baik, tetapi ajaibnya tumbuhan ciptaan Allah ini, bawang putih telah menjadi ubat untuk merawat pelbagai penyakit seperti tekanan darah tinggi, kencing manis, ulser, cirit birit dan sebagainya. Penerangan terperinci mengenai bawang putih dalam rawatan sesuatu penyakit akan diterangkan dibawah.

-) Bawang putih dalam rawatan penyakit tekanan darah tinggi

Penyakit darah tinggi adalah satu daripada penyakit yang sangat merbahaya untuk kesihatan kita. Ini kerana apabila tekanan darah tinggi, pelbagai penyakit yang lain akan muncul serentak dengan tekanan darah kita yang tinggi. Antara penyakit tersebut ialah, penyakit jantung, Strok (angin ahmar) akibat saluran darah pecah @ tersumbat dan yang lebih teruk lagi akan berlaku kematian secara tiba-tiba akibat daripada tekanan darah tinggi.

Kebanyakkan ahli perubatan mendapati bawang putih adalah satu cara yang paling baik dalam mengatasi masalah tekanan darah tinggi. Bahkan bawang putih mampu memenuhi semua keperluaan agen terapeutik yang baik untuk mengurang tekanan darah tinggi. Bahkan kita tidak memerlukan lagi untuk mengambil ubat-ubatan moden yang adakala membawa kesan sampingan yang tidak baik. Bahkan ia juga mampu menaikkan balik darah seseorang yang mengalami masalah tekanan darah rendah.

Jadi secara kesimpulan bawang putih mampu merawat penyakit tekanan darah tinggi, bahkan ia juga mampu merawat penyakit tekanan darah rendah.

.................................(bersambung)

Sumber: Nor Azlina yacob – ‘Bawang Putih Sebagai Penawar Kepada Pelbagai Jenis Penyakit’


Tips

Selain daripada bawang putih, daun pegaga juga mampu merawat masalah darah tinggi. Adakala seseorang tidak berminat dengan bawang putih kerana baunya yang adakala tidak menyenang, jadi pegaga juga salah satu pilihan yang terbaik dalam merawat penyakit darah tinggi.

Selain daripada pegaga, Mengkudu juga salah satu lagi herba tradisional pilihan yang baik untuk merawat masalah tekanan darah tinggi bahkan ia banyak terdapat di negara Asia Tenggara. Untuk pengetahuan anda semua, negara Australia dan kepulauan pasifik telahpun menggunakan buah mengkudu, dalam rawatan pelbagai jenis penyakit.

Ikan yang ada di perairan sejuk seperti ikan kod, tenggiri biru solmon juga boleh bahan yang sesuai untuk merawat penyakit darah tinggi, memandangkan kandungan EPA (Epicosa Pentaenoic acid), DHA (Docosa hexaenoic acid) yang tinggi. EPA dan DHA merupakan bahan yang baik dalam proses merawat penyakit darah tinggi.

Jika anda berminat untuk membeli set herba HPA untuk rawatan penyakit darah tinggi @ ingin mengetahui set herba tersebut dengan lebih lanjut, sila e-mailkan ke fazchemist85@gmail.com untuk maklumat lanjut. Syarikat HPA membekalkan produk yang 100% menggunakan herba tradisional.


Jika anda berminat untuk menjadi ahli HPA @ ingin menjana pendapatan tambahan sila e-mailkan ke fazchemist85@gmail.com untuk maklumat lanjut.

Jadilah ahli HPA sekarang kerana anda akan dapat membeli barangan HPA pada harga ahli yang jauh lebih murah daripada harga pengguna di mana-mana stokis HPA yang terdekat.




2 comments:

Cheguman said...

Salam blogger,
Permulaan yang baik tetapi kenapa tak teruskan? Sebenarnya melalui blog juga kita boleh menambah pendapatan. Sila kunjungi blog kami di http://morha.blogspot.com/2009/08/panduan-kepada-blogger.html

victoria said...

Ubat Darah Tinggi tradisional: Ambil tiga ulas bawang putih, tiga keping halia (sebesar dan senipis 10 sen), bakar semua di atas api perlahan (jangan sampai hangit). Apabila bawang putih sudah lembut, tumbuk dalam lesong batu bersama setengah suduh kecil madu lebah. Makan selepas sarapan pagi. Tekanan darah akan normal sepanjang hari. Ulangi sebelum tidur, jika perlu. [Bawang putih ada bio-komponen Allicin yang mengelak darah beku, dan melancarkan saluran darah, dan imbangkan tekanan]Kalau malas beli Garlic Tablets di kedai atau Kordel's BP Gard RM 110 (protein ikan Bonito yang juga didapati boleh imbangkan tekanan darah). Cubalah tradisional sebelum ambil ubat hospital. Baik bagi orang yang baru dikesan ada darah tinggi.